web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Sampaikan Bantuan Tabung Kasih@HAWANA Kepada Bekas Editor RTM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 4:58PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada bekas Editor Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sahbudin Abdullah yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis di kediamannya di Cheras hari ini. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengunjungi bekas editor RTM Sahbudin Abdullah yang menghidap masalah jantung di kediamannya di Cheras di sini dan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA bagi membantu meringankan beban kewangan beliau.

Sahbudin, 73, bekas petugas kontrak tidak berpencen yang bertugas selama 27 tahun di RTM sehingga 2017 adalah antara 29 rakan media yang menerima manfaat daripada TabungKasih@HAWANA sejak inisiatif itu diperkenalkan April tahun lepas.

Beliau yang juga pernah berkhidmat di Utusan Malaysia sejak 1980 sehingga 1990 dan menjadi koresponden di Jakarta pada tiga tahun terakhir perkhidmatannya di syarikat itu disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2020 dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Bapa kepada dua orang anak itu yang sudah tidak bekerja turut disahkan menghidap penyakit kencing manis dan difahamkan Sahbudin tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Arul Rajoo Durar Raj.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

ia inisiatif Kementerian Komunikasi (ketika itu Kementerian Komunikasi dan Digital) dan dilaksanakan Bernama sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak pada Mei Lepas meluluskan peruntukan permukaan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad