web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kontraktor Terpedaya Pelaburan Bitcoin Tidak Wujud Rugi Lebih RM140,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 5:22PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Wang simpanan seorang kontraktor berjumlah RM146,313.60 lesap dalam tempoh tiga hari akibat diperdaya sindikit pelaburan Bitcoin yang tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ia bermula apabila lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyertai skim pelaburan dikenali sebagai MIT Investment yang diklankan di Facebook pada 26 Dis lepas, menawarkan tiga pakej pelaburan Bitcoin dikenali sebagai 'basic', 'premium' serta 'gold'.

Beliau berkata bagi pakej 'basic', modal yang diperlukan untuk membuat pelaburan bitcoin ialah RM300 dan pelabur kononnya akan mendapat pulangan pelaburan antara RM8,000 hingga RM12,000 dalam masa tiga jam.

Bagi pakej premium pula, modal yang diperlukan adalah RM1,000 dengan tawaran pulangan pelaburan antara RM18,000 hingga RM25,000 dalam tempoh enam jam, manakala bagi pakej 'gold' modalnya RM1,800 dengan pulangan antara RM30,000 hingga RM50,000.

Arshad berkata ekoran terpedaya dengan tawaran lumayan, lelaki itu kemudiannya membuat 12 transaksi pemindahan wang ke sembilan akaun bank yang diberi suspek berjumlah RM146,313.60 dalam tempoh tiga hari bermula Rabu lepas.

Dalam kenyataan di sini hari ini Arshad berkata lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Rumbia dekat sini semalam, selepas menyedari ditipu apabila dia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pelaburannya itu.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pelaburan terlalu lumayan yang ditawarkan dalam talian, dan dinasihatkan segera menelefon Pusat Respon Scam Kebangsaan di talian 997 (apabila merasakan tertipu) agar wang yang dipindahkan ke akaun sindiket penipuan dapat disekat dengan pantas," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar