web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Terjejas Banjir Dibenar Pakai Pakaian Biasa Ke Sekolah - JPNT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 3:04PM

Kelonggaran tidak memakai pakaian seragam ke sekolah diberikan kepada pelajar terjejas banjir. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas akibat banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa apabila sesi persekolahan bermula pada 2 Jan ini.

Timbalan Pengarah JPNT (Sektor Pengurusan Sekolah) Azman Othman @ Abdullah berkata pihaknya memahami kesukaran yang dihadapi mangsa banjir dan akan berusaha untuk meringankan beban mereka.

Sehubungan itu beliau menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak mereka tetap hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa untuk sementara waktu.

"Saya ingin berpesan kepada mana-mana murid yang terkesan dengan banjir supaya hadir ke sekolah walaupun dalam keadaan berpakaian biasa sekiranya pakaian mereka musnah semasa banjir.

"Begitu juga jika alat tulis atau buku rosak, mereka tidak perlu bimbang... cuma hadir ke sekolah. Sekiranya buku teks musnah boleh lapor kepada guru kelas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Azman berkata operasi pembersihan sekolah yang terjejas banjir sedang giat dijalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dengan bantuan komuniti setempat.

Beliau berkata banjir gelombang ketiga yang bermula 24 Dis lepas telah menjejaskan 32 sekolah terutama di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

"Selain itu, lima lagi sekolah masih beroperasi sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Ia termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau; SK Tanjung Pati; SK Padang Pulut; SK Delong di Dungun dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Marang," katanya.

Setakat 10 pagi tadi, keadaan banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 733 mangsa daripada 198 keluarga masih berasa di 13 buah PPS di daerah Marang, Kuala Nerus dan Dungun, menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad