web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sering Dilanda Banjir, 4 Sekeluarga Sudah Lali Bermalam Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 6:27PM

Fenomena air pasang besar menyebabkan penduduk di beberapa buah kampung terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) Dewan Sivik Pulau Duyong dan Sekolah Kebangsaan Sri Nilam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Banjir disebabkan air pasang besar dan hujan lebat yang kerap berlaku setiap kali tiba musim tengkujuh membuatkan empat sekeluarga dari Kampung Duyong Kelab Aya, di Pulau Duyong, di sini sudah lali apabila terpaksa bermalam dalam kereta.

Normatini Ali, 46, berkata pertembungan fenomena alam itu menyebabkan rumahnya yang terletak berhampiran sungai sering dinaiki air secara mendadak hingga ke paras paha pada waktu malam dan akan surut pada keesokan paginya. 

Menurutnya situasi itu akan berlaku dua atau tiga kali dalam setahun hingga menyebabkan dia dan suami, Mohd Asmadi Deraman, 54, bersama dua anak mereka, Muhammad Akashah Aiman, 21, dan Alia Nabila, 13, terpaksa menyelamatkan diri dengan bermalam di dalam kereta PERODUA Myvi milik mereka.

“Terbaharu pada malam Isnin lalu apabila berlaku air pasang sekitar jam 8 malam dan rumah kami dinaiki air dengan cepat, jadi kami pun bergegas masuk dalam kereta dan suami memandu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Sivik Pulau Duyong.

“Waktu itu PPS tersebut belum dibuka kerana kami yang pertama dilanda banjir, jadi kami hanya menunggu di depan PPS dan tidur di dalam kereta hingga ia dibuka keesokan paginya selepas banyak rumah penduduk dinaiki air,” katanya ketika ditemui BERNAMA di PPS Dewan Sivik Pulau Duyong hari ini.

Normatini berkata, sepanjang malam itu, mujur tidak banyak nyamuk hingga membolehkan mereka tidur lena walaupun dalam kereta dan apabila keadaan sejuk suaminya akan mematikan enjin kereta untuk menjimatkan petrol.

Dia berkata, ada masanya mereka sekadar bermalam di dalam kereta dan tidak menghuni di PPS kerana banjir yang melanda waktu malam akan segera surut sekitar waktu Subuh.

Menurutnya dia juga meletakkan pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, tuala, perkakas mandi dan telekung dalam kereta berkenaan yang sudah dianggap seperti rumah kedua. 

Sementara itu, pesakit asma dan buah pinggang tahap empat, Wan Norasiah Jali, 42, berkata berikutan keadaan kesihatannya, dia berpindah lebih awal pada Rabu lalu, meskipun rumahnya belum dinaiki air.

“Pada petang itu saya tengok rumah jiran ada yang dinaiki air, jadi saya segera ke PPS menaiki motosikal bersama suami kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau rumah jiran banjir rumah saya pun akan kena juga. 

“Tahun lalu saya tunggu hingga rumah dinaiki air dan waktu itu juga sakit saya menyerang secara tiba-tiba, jadi saya mengharung air sambil menahan sakit. Sebab itu, tahun ini saya pindah awal kerana sakit saya ini boleh menyerang bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, pertembungan air pasang besar dan hujan lebat menyebabkan lebih 70 penduduk di sekitar Pulau Duyong terpaksa berpindah ke PPS Dewan Sivik Pulau Duyong sejak Selasa lalu dan hari ini mereka mula pulang ke rumah masing-masing selepas air surut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad