web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Lelaki Maut Kenderaan Tenggelam Dalam Tali Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 8:30AM

Kenderaan mangsa yang remuk dalam tali air. - gambar IPD Perak Tengah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua lelaki maut akibat terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda yang tenggelam selepas dipercayai tergelincir lalu terbalik ke dalam tali air di Kampung Pulau Pisang, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Mohd Uzir Ismail berkata ketika kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 39 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 25 tahun dalam perjalanan membawa muatan kelapa sawit dari ladang di Kampung Pulau Pisang.

"Dalam kemalangan ini, kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kereta semasa tenggelam dalam air sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus, satu lorong dan sempit selain jalan tidak berturap dan tidak berbatu, manakala kejadian berlaku semasa cuaca baik.

Mohd Uzir berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian pemandu ialah drowning due to road vehicle accident, manakala punca kematian penumpang ialah pulmonary oedema consistent with drowning due to motor vehicle accident.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah melalui talian 014-6790829 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad