web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengantin Ditipu Jurusaji, Rugi Lebih RM13,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 8:27PM

Tangkap layar Burhanuddin Rabbani menunjukkan laporan polis yang dibuat membabitkan insiden itu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebuah keluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada saat akhir.

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkata pihak jurusaji itu sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin.

Keadaan dewan lokasi kenduri itu sepatutnya berlangsung. - gambar Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor
Keadaan dewan lokasi kenduri itu sepatutnya berlangsung. - gambar Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor

Beliau berkata akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.

"Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.

"Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman," katanya.

Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Burhanuddin berkata keluarganya juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad