web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Pantai Timur Meningkat, Negeri Sembilan Berkurangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 8:14AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Pahang merekodkan peningkatan malam tadi, manakala di Negeri Sembilan berkurangan.

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,599 orang daripada 441 keluarga setakat 8 malam tadi, berbanding 856 orang daripada 235 keluarga yang direkodkan pagi semalam, dengan jajahan Gua Musang menjadi kawasan baharu terjejas bencana itu selepas Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, 38 mangsa daripada tujuh keluarga di Gua Musang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1, manakala empat PPS dibuka di Jeli melibatkan SK Jeli 1, SK Bukit Jering, SK Lubok Bongor dan SK Kuala Balah.

Mangsa banjir di Pasir Mas berlindung di PPS SK Gual To’Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, SK Gual Periok dan Madrasah Mukim Padang Licin, manakala mangsa di Tanah Merah ditempatkan di SK Kelewek, Balai Raya Padang Kijang, SMK Bukit Bunga, SK Lawang dan SK Gual Jedok.

Banjir gelombang ketiga di TERENGGANU juga semakin buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di empat daerah meningkat kepada 826 orang daripada 253 keluarga setakat 8 malam tadi, berbanding 340 orang daripada 91 keluarga pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan sebanyak 439 mangsa daripada 118 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di daerah Dungun, sementara 73 mangsa daripada 19 keluarga berlindung di tiga PPS di Setiu.

Di Hulu Terengganu, sebanyak 302 mangsa daripada 113 keluarga telah dipindahkan di enam PPS, manakala Marang kekal mencatatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga sejak PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai dibuka malam semalam.

Sementara itu, berdasarkan maklumat di laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my mendapati paras air sungai di lima stesen utama di empat daerah terkesan banjir itu telah mencapai tahap bahaya.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di SK Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut meningkat sedikit kepada 78 orang daripada 19 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 75 orang daripada 19 keluarga setakat 4 petang semalam.

Sekretariat JPBN Pahang memaklumkan hujan lebat berterusan sejak kelmarin telah menyebabkan Sungai Siam melimpah sehingga menyebabkan beberapa rumah di Kota Gelanggi 1 dinaiki air, namun banjir telah surut dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Selain itu, sekretariat berkenaan memaklumkan Sungai Lembing di Kuantan telah merekodkan tahap bahaya dan anggota keselamatan telah diatur gerak ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada keperluan untuk pemindahan mangsa ke PPS.

Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 55 orang daripada 12 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 68 mangsa daripada 16 keluarga awal pagi tadi dan kesemua mereka ditempatkan di SK Sungai Machang di Lenggeng, Nilai.

Pegawai Operasi APM Seremban, Lt (PA) Md Marisa Aminuddin ketika dihubungi BERNAMA berkata, situasi banjir kilat di Kampung Chelogeh, Kampung Batu 18 dan Kampung Sungai Jai telah surut dan paras air sungai juga terkawal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar