web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Maut Ditetak Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2023 9:24AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang wanita meninggal dunia selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh seorang lelaki dalam kejadian di kawasan Raja Uda, Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11.10 pagi iaitu seorang lelaki tempatan telah menetak seorang wanita di bahagian leher sehingga mengalami kecederaan parah.

"Mangsa yang berusia 42 tahun telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan disahkan meninggal dunia pada 11.58 pagi ketika menerima rawatan di hospital, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri wanita tersebut.

"Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HSJ untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya pasukan polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan terdapat rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut yang merakam kejadian itu serta terdapat juga saksi yang melihat insiden berkenaan.

"Pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat ASP Nasrina Darus di talian 04 - 576 2222 (sambungan 2275) bagi membantu siasatan," katanya.

Mohd Asri berkata suspek iaitu lelaki tempatan berusia 29 tahun itu telah berjaya ditahan polis selepas dia terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang ketika melarikan diri selepas melakukan jenayah tersebut.

Terdahulu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.23 pagi memaklumkan ada individu terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

Katanya sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikerahkan ke lokasi dan sejurus tiba pihaknya menemukan sebuah motosikal jenis SYM dipercayai milik suspek ditinggalkan di bahu jalan di jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, semakan mendapati lelaki itu telah diselamatkan oleh nelayan yang melalui kawasan terbabit sebelum kes diserahkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, satu rakaman video turut tular di media sosial menunjukkan lelaki terbabit cuba terjun sekali lagi dari bot nelayan biarpun dia telah diselamatkan ketika mereka dalam perjalanan menghala ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad