Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Perak Terus Meningkat Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 12:17PM

Kanak-kanak bermain dalam banjir di Kampung Paya, Balai Besar, Dungun. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk dengan pertambahan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak juga meningkat pagi ini.

Di TERENGGANU, 2,693 mangsa daripada 654 keluarga dipindahkan ke 37 PPS di enam daerah setakat 9 pagi ini berbanding 2,622 orang daripada 637 keluarga di 36 PPS pada 8 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu (JPBNT), daerah Dungun paling terjejas dengan 1,687 mangsa daripada 418 keluarga berlindung di 14 PPS, diikuti Hulu Terengganu 282 mangsa daripada 64 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Di Kemaman, 131 mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke tiga PPS, di Setiu 336 mangsa daripada 94 keluarga berada di lapan PPS dan Marang merekodkan 249 mangsa daripada 44 keluarga berlindung di empat PPS, manakala di Besut hanya lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Kampung Kelat.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di lima stesen utama negeri itu iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu; Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang serta Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman telah melepasi tahap waspada.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 4,114 orang daripada 1,282 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 3,780 orang daripada 1,170 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mangsa dari Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas sedang berlindung di 16 PPS di tiga jajahan itu.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, SK Sri Rantau Panjang (2), SK Gual To’Deh, SK Kampung Rahmat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, SMK Baroh Pial, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang, SMK (A) Lati dan SK Lati.

Di Tanah Merah, mangsa ditempatkan di PPS Balai Raya Padang Kijang, SK Kulim dan Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang, manakala di Kuala Krai mangsa banjir berada di Pejabat Veterinar dan SK Banggol Guchil.

Di SELANGOR, menurut Info Bencana JKM mangsa banjir di negeri itu juga bertambah daripada 49 orang melibatkan 19 keluarga malam tadi kepada 69 mangsa membabitkan 23 keluarga setakat 9 pagi ini.

Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa di Klang menjadi PPS terbaharu dibuka semalam dengan dua lagi PPS sedia ada beroperasi menempatkan mangsa banjir di Kuala Selangor iaitu SK Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang di Kuala Selangor.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang ketika ini berada di tahap bahaya dengan bacaan 4.29 meter setakat 8.30 pagi.

Di PERAK, 80 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan setakat pagi ini berbanding 30 mangsa daripada tujuh keluarga malam tadi apabila beberapa kawasan di Changkat Jong dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak memaklumkan penduduk terjejas ialah di kawasan Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8 dan Lorong Imam Khairi. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

Semasa 1 hari yang lalu

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

Semasa 20 minit yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

Semasa 7 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung