web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Kanak-kanak Dakwa Lihat Zayn Rayyan – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 5:54PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis mengesan dua kanak-kanak yang mendakwa melihat Zayn Rayyan Abdul Matiin berada di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, pada 5 Dis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia hasil saringan beramai-ramai melibatkan penduduk di apartment berkenaan.

Beliau berkata polis telah memanggil 86 individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu, selain mengambil 10 lagi sampel asid deoksiribonukleik (DNA), menjadikan keseluruhan 238 sampel DNA setakat ini.

Mengulas mengenai penemuan sehelai stoking dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemukan semalam, Hussein berkata ia bukan milik mangsa.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati dua kenderaan pasukan forensik polis berada di lokasi sejak 9.45 pagi bagi meneruskan siasatan kes yang masuk hari kelapan hari ini.

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad