Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dewan Negara Lulus RUU Kawalan Produk Merokok

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 3:54PM

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan undian suara.

Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya. 

Rang undang-undang yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam, sebelum dibentang untuk bacaan kali ketiga hari ini dan dibahas 22 Ahli Dewan Negara.

Dzulkefly ketika menggulung perbahasan berkata pengguguran GEG daripada rang undang-undang ini merupakan keputusan kolektif dan kebertanggungjawaban bersama oleh kerajaan setelah mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara.

“Berdasarkan pandangan Jabatan Peguam Negara, terdapat isu ketidaksamarataan dan diskriminasi kedudukan undang-undang dalam peruntukan GEG, ini bermaksud memberi layanan yang berbeza terhadap orang yang lahir sebelum 1 Jan 2007 dan mereka yang lahir selepas atau pada 1 Jan 2007. Konsep GEG ini akan menyebabkan layanan berbeza terhadap dua kumpulan yang lahir pada tahun berbeza.

“Oleh itu, Jabatan Peguam Negara mempunyai pandangan peruntukan ini boleh dicabar di mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan Rang Undang-Undang Makanan (Pindaan) 2023 bagi meminda Akta Makanan 1983, selaras dengan kelulusan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Rang undang-undang mengandungi empat fasal yang turut dibentangkan Dzulkefly itu adalah bagi meminda Akta Makanan 1983 (Akta 281) untuk memastikan tiada percanggahan dan pertindihan peruntukan antara kedua-dua perundangan ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya tidak mencelah ketika menteri sedang membuat pembentangan sesebuah rang undang-undang dalam sidang Dewan Negara.

"Bila menteri bentang, tidak pernah dibolehkan untuk mencelah kerana yang dibentang itu soal pendirian, pandangan dan dasar kerajaan dan tiada kena-mengena dengan kita (Senator), itu kebiasaannya amalan dan tradisi," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, Senator dibenarkan untuk mencelah ketika seseorang menteri membuat penggulungan usul perbahasan dengan syarat berdiri dan menteri berkenaan memberi ruang. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 13 jam yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM