web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zayn Rayyan: Polis Temukan Beberapa Bahan Bukti Dalam Pemeriksaan Kali Kedua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 6:03PM

Kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui mati Rabu minggu lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu.

“Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa.

Beliau berkata pihak polis akan memanggil mereka yang berkenaan jika diperlukan untuk melakukan ujian DNA beramai-ramai.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati anggota Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, masih terus mempergiat usaha operasi mencari petunjuk baharu bagi menyelesaikan misteri kes pembunuhan murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) itu.

Mereka dilihat hadir di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, pada 9.50 pagi tadi.

Bagaimanapun, pengamal media yang tiba di lokasi kejadian sejak 8 pagi lagi diminta untuk mengosongkan kawasan blok berkenaan, untuk memberi laluan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.

Pada masa yang sama, ibu Zayn Rayyan Ismanira Abdul Manaf, 28 hari ini dilihat menzahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya daripada dua beradik itu, dengan memuat naik gambar dan hantaran di akaun Instagram miliknya.

Ismanira menceritakan dia dan suami sempat membawa anak-anaknya bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah pada Isnin lepas, iaitu sehari sebelum anak sulungnya dilaporkan hilang.

“Abang (Zayn Rayyan) dengan adik suka sangat jalan-jalan, dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang suka sangat-sangatlah dua beradik ini. Penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan,” katanya menerusi hantaran Instagramnya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad