web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sim Tekad Angkat Martabat Pekerja Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 3:38PM

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong ketika mendaftar masuk ke pejabatnya, pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong bertekad untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kita akan berdiri bersama pekerja," katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas rasmi di kementerian itu di sini hari ini.

Sim yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, mengambil tempat V. Sivakumar yang digugurkan.

Sim yang tiba di Kementerian Sumber Manusia (KSM) di sini kira-kira pukul 1.15 tengah hari disambut warga kementerian. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya.

Sim berkata nasib majikan dan pekerja terikat sama dan tidak bersifat egosentrik, sekiranya nasib pekerja tidak dibela maka ia memberi kesan kepada syarikat dari segi produktiviti.

"Dalam era struktur semula ekonomi dalam kerangka Malaysia MADANI, fokusnya ialah pembangunan kemahiran, kebajikan pekerja dan produktiviti secara amnya," katanya.

Sim berkata beliau bersama Abdul Rahman dan warga KSM akan meneliti usaha yang dilakukan sebelum ini dan melihat kepada perancangan masa depan. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 minit yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad