web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Duta Palestin Wakili Dua Penuntut USIM Terkorban Di Gaza Terima PhD, Ijazah Sarjana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 6:07PM

Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali mewakili dua graduan USIM berasal dari Palestin yang terkorban di Gaza, untuk menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Sains secara anumerta. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-21 yang diadakan penuh istiadat hari ini bertukar sayu apabila video diiringi bacaan al-Fatihah memaparkan wajah dua siswazah warga Palestin yang terkorban dalam serangan di Gaza baru-baru ini, ditayangkan.

Pasangan suami isteri iaitu Allahyarham Mohammed J H Alzaanin dan Allahyarhamah Khoulud M H Elzaneen masing-masing menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Sains secara anumerta.

Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM berkenan menganugerahkan ijazah itu kepada wakil mereka iaitu Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.

Mohammed dan Kholoud serta 20 sanak saudara mereka dilaporkan terkorban dalam serangan bom oleh rejim Zionis di perkampungan mereka di Bait Hanon, Palestin kira-kira 8 pagi, 8 Okt lepas.

Turut terkorban ialah empat anak pasangan itu, dan hanya seorang anak mereka dilaporkan terselamat.

Ditemui pemberita selepas istiadat berkenaan, Walid menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya USIM atas penganugerahan berkenaan, sekali gus menunjukkan rasa sokongan dan solidariti kepada Palestin.

“Sebagai duta, saya berbesar hati menerima PhD hari ini bagi pihak mereka pada majlis konvokesyen ini, saya juga sangat sedih kerana Mohammed dan isterinya sepatutnya berada di sini bersama-sama rakan sepengajian untuk menerima skrol ini.

"Tetapi malanganya, beliau telah menerima 'ijazah' lebih awal sebagai syahid di Gaza semasa serangan Israel, jadi Mohammed menerima 'ijazah' pertama di sana (Gaza) dan hari ini ijazah kedua oleh USIM," katanya.

Walid berkata ketika ini, tiada komunikasi antara beliau dengan anak Mohammed, namun akan berhubung dan memaklumkan mengenai anugerah yang diterima kedua-dua ibu bapanya selepas ini sekiranya keadaan reda.

Terdahulu, Tuanku Aishah Rohani ketika bertitah turut menzahirkan rasa duka cita terhadap pemergian dua pelajar warga Palestin dan keluarga mereka dalam peperangan di negara berkenaan dan berharap konflik itu segera menemui jalan penyelesaian demi keharmonian bersama.

“Sebagai bakal alumni USIM, beta berharap kalian menjaga nama baik diri sendiri, keluarga dan universiti selain terus menyumbang idea, kewangan serta program yang dianjurkan, sekali gus sebagai duta mempromosikan USIM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” titah baginda.

Tuanku Aishah Rohani turut bertitah bahawa pada masa ini, potensi dan cabaran yang datang adalah daripada kecerdasan buatan (AI), justeru graduan USIM perlu berada di saf hadapan untuk memberi panduan kepada masyarakat dengan menggalakkan pemahaman prinsip asas Islam dan aplikasinya dalam AI.

“Beta berharap graduan USIM dapat memimpin masyarakat dalam membangunkan pendekatan yang lebih beretika terhadap perubahan teknologi,” titahnya.

Sebanyak 3,146 graduan diraikan termasuk di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda serta Diploma dalam Majlis Konvokesyen USIM ke-21 yang diadakan selama empat hari bermula hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad