web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Rasmi Menara MAIWP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:33PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kanan) berkenan melihat replika bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ketika merasmikan Menara MAIWP, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan perasmian Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Lorong Haji Husein 2 di sini. 

Turut mengiringi baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman. 

Sementara itu, Mohd Na'im berkata, bangunan baharu yang dibina bersebelahan Bangunan Daruzzakah iaitu lokasi agensi itu beroperasi dari 1993 hingga 2000, bertujuan memudahkan dan memberi keselesaan kepada golongan asnaf untuk berurusan dengan MAIWP.

"Pada tahun 2011, Pengurusan MAIWP melahirkan hasrat, telah sampai masa untuk MAIWP memiliki dan menduduki Ibu Pejabat MAIWP sendiri. Justeru MAIWP telah memutuskan untuk membeli tanah kosong yang terletak di sebelah Bangunan Daruzzakah milik MAIWP sebagai lokasi yang sesuai.

"Lokasi ini mudah diakses melalui kemudahan pengangkutan awam seperti bas, monorel dan terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur," katanya dalam sembah ucapan alu-aluan majlis perasmian Menara MAIWP di sini, hari ini. 

Beliau berkata, bangunan itu yang telah dibina di atas tanah seluas 24 ribu kaki persegi (setengah ekar) dan setinggi 24 tingkat, melibatkan perbelanjaan RM264 juta meliputi kos pembinaan sebanyak RM252 juta dan kos perolehan tanah RM12 juta. 

"Adalah menjadi harapan agar Bangunan Menara MAIWP yang tersergam indah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur ini menjadi antara mercu tanda institusi Islam yang berjaya mengangkat syiar Islam," katanya.

Mohd Na'im berkata, beliau bersama-sama warga MAIWP akan terus berusaha bagi meneruskan kecemerlangan agensi itu berhubung pengurusan kutipan dan agihan zakat di Wilayah Persekutuan yang sentiasa menjadi sumber rujukan dan contoh kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh Malaysia. 

"Kecekapan dan kecemerlangan pengurusan MAIWP diiktiraf dan dikecapi saban tahun telah terbukti dengan penganugerahan Sijil Bersih Audit Negara Tanpa Teguran untuk kali ke-16 berturut-turut," katanya. 

Pada majlis sama, Seri Paduka berdua turut berkenan menyaksikan model Menara MAIWP sambil diberikan penerangan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya. 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian meneruskan lawatan ke dalam bangunan berkenaan serta turut menyantuni para pekedai di situ, sebelum berangkat pulang pada kira-kira 1.12 tengah hari. -  BERNAMA 

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad