web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Transformasi Digital dan Komunikasi Perlu Ditangani Dengan Lebih Baik - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:09PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan rombakan Kabinet, pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keputusan untuk memisahkan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam rombakan Kabinet hari ini adalah untuk menangani transformasi komunikasi dan digital dengan lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa mengumumkan barisan Kabinet baharu di sini hari ini, Anwar berkata terdapat banyak kritikan terhadap kerajaan dan aspek komunikasi melalui media sosial agak mencabar.

“… komunikasi untuk menyampaikan dan menyebarkan maklumat telah tidak begitu berkesan atau memuaskan, jadi mesti ada fokus,” kata beliau menjawab soalan mengenai sebab memisahkan portfolio digital dan komunikasi di bawah rombakan itu.

Terdahulu, Anwar mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital sekarang, dinamakan sebagai Menteri Komunikasi manakala Ahli Parlimen Damansara dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo sebagai Menteri Digital.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim juga telah dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Mengenai transformasi digital yang dikatakan mencabar juga, Anwar berkata terdapat keperluan untuk menangani isu itu kerana ia sentiasa berubah dan minat baharu muncul.

“Dengan pusat data baharu, dan minat baharu dalam kecerdasan buatan (AI), terdapat keperluan untuk meningkatkan pemahaman pelajar di pelbagai peringkat. Ia satu tugas yang sangat mencabar,” kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 35 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar