web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nenek Hantar Cucu Ke Sekolah Maut Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 1:07PM

Seorang warga emas maut ketika dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah selepas keretanya bertembung dengan sebuah motosikal di Kampung Changkat Kinding dekat sini, pagi tadi. gambar FB JPBM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang warga emas yang dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah motosikal dalam kemalangan di Kampung Changkat Kinding dekat sini, pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia 59 tahun itu tersepit di dalam kereta PERODUA Viva yang dipandunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun cucu mangsa, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang turut berada di dalam kenderaan itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal iaitu seorang pelajar sekolah lelaki berusia 17 tahun cedera parah.

"Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala kanak-kanak perempuan itu juga dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sabarodzi, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tambun menerima panggilan pada 7.17 dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.03 pagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad