web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Zayn Rayyan Titip Pesanan Sayu Di Instagram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 8:17PM

Gambar bersama Zayn Rayyan yang dikongsi ibunya, Ismanira Abdul Manaf di akaun Instagram.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - “No one else will ever know the strength of my love for you. After all, you're the only one who knows what my heart sounds like from the inside,” demikian luahan hati Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagram.

Luahan hati Ismarina di platform media sosial itu turut disertakan dengan gambar-gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan.

Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Tinjauan BERNAMA mendapati beberapa anggota polis berada di lokasi kejadian sejak pukul 9 pagi tadi untuk mencari petunjuk baharu serta mengutip sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang berkaitan, bagi membantu siasatan.

Pihak media juga dimohon oleh pihak polis agar tidak berada berdekatan dengan lokasi kejadian kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

Sekumpulan petugas media yang akur dengan arahan polis itu berkumpul di satu kawasan yang redup di blok S apartment itu iaitu kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian.

Semalam, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak itu yang memasuki hari kelima siasatan.

Polis juga dilaporkan telah mengumpul 228 sampel DNA penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme itu.  - BERNAMA  

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan Bebas Tuduhan Pengabaian, Ismanira Diperintah Bela Diri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Bukan Sambil Lewa - Pegawai Penyiasat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Zayn Rayyan Mati Akibat Dijerut - Pakar Forensik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 49 minit yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar