web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Johor Tahan 114 Warga Asing Bekerja Tanpa Permit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 12:10PM

Warga asing yang ditahan selepas didapati bekerja tanpa permit yang sah. - gambar Jabatan Imigresen Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 114 warga asing  dipercayai bekerja tanpa permit yang sah dalam Ops Belanja dan Ops Selera, di sebuah pasar raya di Tampoi di sini, Jumaat lepas.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata serbuan kira-kira 11.30 pagi itu, dilakukan hasil risikan selama seminggu, susulan aduan awam diterima memaklumkan kewujudan warga asing di premis berkenaan.

Beliau berkata operasi itu melibatkan 90 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa negeri serta pegawai Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, jabatan itu.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 51 lelaki warga Myanmar, 34 lelaki dan lapan wanita warga Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Nepal dan tiga lelaki India, dengan kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 58 tahun.

“Tangkapan dibuat kerana kesemua mereka disyaki gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial, selain melanggar syarat pas ditetapkan,” katanya dalam satu, kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Peraturan 11 (7) (a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Pada masa sama, kita turut menyeru kepada warga asing agar merebut peluang menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan tamat pada 31 Dis depan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar