web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Ambil Sampel Di Rumah Keluarga Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 9:11AM

Unit Forensik memasuki blok kediaman keluarga Zayn Rayyan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pasukan Unit Forensik Kontinjen Selangor hadir di kediaman kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, petang semalam, untuk mengambil sampel bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Pasukan itu bersama tiga anggota polis berpakaian preman dilihat tiba sekitar pukul 4.20 petang dengan membawa satu kotak berwarna hitam memasuki blok kediaman Zayn Rayyan di tingkat dua apartment tersebut.

Sebelum itu, ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf, juga dilihat sampai di kawasan apartment berkenaan sebelum bersama pasukan polis memasuki kediaman mereka.

Selepas hampir 45 minit berada di dalam rumah keluarga itu, tiga anggota polis yang tidak beruniform itu dilihat keluar daripada blok kediaman itu dengan dua orang daripadanya membawa empat beg kertas berwarna coklat dipercayai mengandungi sampel tersebut, manakala pasukan forensik pula membawa sebuah kotak berwarna hitam.

Pasukan forensik meninggalkan kawasan berkenaan pada pukul 5 petang dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda manakala tiga anggota polis itu turut meninggalkan tempat itu sejurus kemudian dengan kenderaan berasingan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya mengambil sampel dari kediaman keluarga Zayn Rayyan, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan 28 lagi individu hari ini bagi membantu siasatan kes itu, menjadikan keseluruhan 48 individu telah dirakam percakapan setakat ini.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dekat aliran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar