web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stor Jadi Tumpuan Polis Cari Bukti Baharu Kes Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 4:48PM

Anggota penyiasat menemu bual penduduk di Apartment Idaman susulan kejadian pembunuhan seorang kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan awal minggu ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai di sini menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang memasuki hari keempat operasi hari ini.

Berdasarkan pemerhatian wartawan di lokasi, dua anjing Unit Pengesan (K9) dan beberapa anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat berada di dalam stor dan melakukan pemeriksaan di situ selama hampir empat jam.

Dua anjing pengesan dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, Gucci dan Ricks, dibawa memasuki stor yang dipercayai menyimpan motosikal, kerusi plastik dan barangan kanopi.

Seekor daripadanya kemudian dibawa memasuki Blok R bagi melakukan pengesanan di beberapa unit rumah apartment terbabit.

Pemilik stor itu, Noraini Ahmad, 51, berkata stor tersebut sentiasa dikunci dan hanya dibuka sekiranya untuk mengeluarkan motosikal bagi kegunaan harian ahli keluarganya.

“Kira-kira sejam selepas anjing pengesan dibawa masuk ke dalam stor, pihak polis memberitahu saya mereka telah selesai melakukan siasatan dan membenarkan saya mengunci kembali stor berkenaan.

“Namun, tidak lama kemudian polis menghubungi semula untuk membuka kunci stor bertujuan untuk menyambung semula kerja-kerja penyiasatan,” katanya kepada media yang berada di lokasi sejak 10 pagi tadi.

Unit K9 dan Unit Forensik dilihat meninggalkan lokasi pada 2.15 petang.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi meninjau lokasi itu pada 11.15 pagi.

Semalam, dua anjing K9, Falco dan Jimmy juga dibawa ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di anak sungai berdekatan Blok R.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad