web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 4:39PM

Anggota penyiasat mengambil butiran penduduk di Apartment Idaman. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah 228 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi besar-besaran termasuk pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengambil DNA penduduk di apartmen berkenaan bermula semalam dan akan diteruskan sehingga hari ini.

“Setakat pagi tadi sebanyak 5,628 orang dan 2,484 unit rumah telah diperiksa. Ia melibatkan 18 blok di apartmen berkenaan.

“Keadaan cuaca hujan (sebelah pagi) memang memperlahankan operasi pencarian dan proses untuk mendapatkan bukti kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata operasi itu melibatkan 188 anggota lain-lain pangkat dan 90 pegawai daripada pelbagai unit PDRM.

Sementara itu, semasa tinjauan Bernama di apartmen itu hari ini kelihatan polis menggunakan dua ekor anjing Unit Pengesan (K9) iaitu Ricks dan Gucci dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk memeriksa sebuah stor dan rumah-rumah berdekatan lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman.

Dalam pada itu, datuk kepada Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, ketika ditemui di kediaman ibu bapa Zayn Rayyan hari ini menolak kematian cucu sulungnya itu disebabkan dendam.

Menurut Zahari, anak lelakinya Zaim Ikhwan dan menantunya, Ismanira Abdul Manaf baru sahaja menetap di Apartment Idaman sekitar tiga tahun lepas.

“Rutin harian mereka pergi kerja balik kerja, hanya jiran depan rumah sahaja yang kenal dan mereka tidak berdendam dengan sesiapa,” katanya. – BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad