web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 100,000 Kunjungi Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Sejak Semalam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 8:30PM

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika mengiringi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meninjau persiapan akhir majlis penutupan program itu di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua hari berlangsung, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, mencatat kehadiran pengunjung memberangsangkan dengan lebih 100,000 orang direkodkan sejak semalam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jumlah itu sekali gus membuktikan program tiga hari itu yang akan melabuhkan tirai esok, berjaya mencapai matlamatnya dengan membawa secara terus perkhidmatan kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada rakyat.

“Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan pengunjung gembira kerana apa dibawakan kementerian dan agensi mencapai matlamat.

“Sebagai contoh di ruang Karnival Kerjaya tadi, saya tengok begitu ramai sekali pengunjung mengambil kesempatan mendaftar kerana merasakan ini peluang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan.

“Jadi kita jangkakan esok kehadiran pengunjung akan lebih ramai kerana hari terakhir program,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meninjau persiapan akhir majlis penutupan program itu di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI itu akan menutup tirai esok dengan majlis perasmian penutupan dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program itu bertujuan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu setiap kementerian kepada rakyat di samping meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar