web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Kaunter Saman Trafik Dilanjut Hingga 9 Malam ini – Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 4:20PM

Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan saman trafik sehingga 50 peratus sempena penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilanjutkan hingga jam 9 malam ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini disebabkan sambutan mengalakkan daripada pengunjung.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata semalam, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan manakala setakat 12 tengah hari ini sebanyak 3,015 diselesaikan.

“Semalam waktu pengoperasian kaunter saman dibuka pada 9 pagi hingga 4 petang tetapi kerana sambutan yang meriah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan ia dilanjutkan hingga ke 9 malam hari ini,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di kaunter saman trafik di sini, hari ini.

Beliau berkata PDRM menyediakan 14 kaunter bayaran saman secara tunai, selain memberi pilihan kepada pengunjung untuk membayar saman secara dalam talian, menggunakan baucar kod QR.

“Selain itu, saya juga amat berpuas hati dengan persediaan tempat membayar saman dengan kerusi dan meja yang disediakan mecukupi, selain terdapat pendingin hawa untuk  pengunjung menunggu giliran membayar saman yang mengambil sehingga dua jam.

Mengulas sama ada PDRM akan memperluaskan tawaran diskaun saman trafik 50 peratus di luar program berkenaan, Mohd Azman berkata perkara itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari mulai semalam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Kemuncak program itu merupakan majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad