Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konflik Gaza: Kaukus Palestin Parlimen Serah Nota Bantahan Kepada AS, EU Dan Britain

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:00PM

Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyerahkan nota bantahan dan tuntutan mengenai kekejaman yang sedang berlaku di Gaza kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia hari ini menyerahkan nota bantahan serta tuntutan berhubung konflik di Gaza kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di ibu negara.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata nota itu antara lain menuntut kerajaan AS, Britain dan EU menyokong gencatan senjata dengan kadar segera serta berkekalan selain menghentikan semua bantuan ketenteraan secara langsung dan tidak langsung kepada pihak Israel.

“Kami mendesak kerajaan AS bertindak dengan tanggungjawab dan adil dalam menangani konflik berterusan antara Israel dan Palestin, khususnya menuntut pertanggungjawaban pihak Israel terhadap jenayah mereka dan tidak berpaling daripada kekejaman yang berterusan ini.

“Kerajaan AS juga digesa untuk menyokong gencatan senjata yang berkekalan dan segera,  akses bantuan kemanusiaan tanpa sekatan, pembebasan tawanan termasuk kira-kira 1,000 kanak-kanak yang kini ditahan dalam penjara Israel tanpa perlindungan undang-undang dan menamatkan semua jenayah pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan nota itu bersama bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada pegawai Kedutaan AS Kaunselor Politik Amerika Syarikat Christopher Carver di Kedutaan AS di sini hari ini.

Syed Ibrahim berkata nota itu ditandatangani oleh 38 Ahli Parlimen, 30 NGO dan aktivis politik serta akan diteruskan oleh Ahli Parlimen lain yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kali ini.

Beliau juga berkata terdapat beberapa laporan bahawa warga Britain mungkin menyertai ketenteraan Israel di Gaza, justeru perkara itu telah dibangkitkan dalam nota bantahan kepada kerajaan Britain.

“Saya juga telah timbulkan berkenaan adanya penjualan senjata, memberi nasihat ketenteraan, sokongan logistik dan military surveillance flights di atas (ruang) angkasa Israel dan juga Gaza.

“Ini disebutkan sebagai tindakan atau bantuan daripada pihak Britain untuk membantu memberi risikan kepada Israel,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan nota bantahan kepada Kaunselor Politik (Dalaman) Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia Tom Shepherd di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di sini.

Beliau berkata pihaknya akan menunggu jawapan berhubung isu yang telah dibangkitkan.

Nota bantahan turut diserahkan kepada Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia Michalis Rokas di pejabatnya di sini.

Menurut laporan media antarabangsa, sejak tercetusnya konflik pada 7 Okt lepas hingga kini, sekurang-kurangnya 17,177 penduduk Palestin termasuk 7,112 kanak-kanak terbunuh manakala 46,000 lagi cedera. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hati-Hati, Tiada Pegawai Akan Hubungi Orang Awam - Kementerian Digital

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 4 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown

Semasa 59 minit yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran