web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Bezza Tular Dikejar 28 MPV Polis Dihukum Penjara Sebulan, Denda RM10,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 6:21PM

Tangkap layar kejadian sebuah kereta jenis Perodua Bezza dikejar 28 kereta MPV polis pada 5 Disember lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang pemandu kereta Perodua Bezza, yang tular dikejar 28 kereta unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya, dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku memandu secara melulu serta menghalang tugas polis.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa memerintahkan B.Anbarasan, 27, menjalani hukuman penjara mulai hari ini dan dipenjara lapan bulan lagi jika gagal membayar denda.

Bagi kesalahan memandu secara melulu, tertuduh dihukum penjara sebulan dan denda RM5,000 serta hilang kelayakan memandu selama lima tahun manakala bagi kesalahan menghalang penjawat awam, dia dijatuhi hukuman denda RM5,000.

Anbarasan didakwa memandu kenderaan dengan melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lain di Jalan Utara di sini pada 1.30 pagi 5 Dis lepas mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun serta denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000.

Dia juga didakwa menghalang Koperal Mohd Faizal Sulong menjalankan tugasnya di lokasi, pada waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Anbarasan dan isterinya M. Rishlani, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau tanpa kebenaran di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada waktu dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Faiz Dziyauddin, yang menetapkan sebutan kes pada 16 Jan depan, membenarkan pasangan itu masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala pasangan itu diwakili peguam Khailash Sharma. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar