web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Ejen Cukai Didenda RM20,000 Palsukan Laporan Juruaudit Dalam Penyata Kewangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 12:21PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ejen cukai didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan laporan juruaudit dalam penyata kewangan beraudit syarikat Zenith Global Marketing Sdn Bhd (ZGM).

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan memaklumkan, Hakim J. Jean Sharmila menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Tan Boo Khee, 50, pada 21 November lalu dan memerintahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh membayar denda pada hari sama.

Mengikut pertuduhan, Tan sebagai orang tengah antara ZGM dengan firma juruaudit yang dilantik telah membuat satu penyataan palsu dalam Penyata Kewangan bagi Tahun Kewangan berakhir 2019 syarikat berkenaan.

Penyata itu adalah satu dokumen yang dikehendaki di bawah Seksyen 259(1) Akta Syarikat 2016 (Akta 777), berkenaan butir material iaitu laporan juruaudit pada ruangan ‘Independent Auditors’ Report To The Members of Zenith Global Marketing Sdn Bhd’ di halaman 6 hingga 8 yang disediakan atas nama SKL & CO yang tertuduh mengetahui laporan juruaudit itu adalah palsu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SSM, Alor Setar pada 20 Oktober 2020, mengikut Seksyen 591 (2)(a) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan boleh dihukum di bawah akta dan seksyen sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan fakta kes, setelah menerima pertanyaan daripada SSM pada 2019, pihak ZGM menyedari bahawa penyata kewangan syarikat dan laporan juruaudit yang terkandung dalam penyata itu sebenarnya telah disediakan oleh tertuduh tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak firma juruaudit.

Kenyataan itu memaklumkan, berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh SSM, terdapat satu perintah injunksi dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 2018, yang melarang tertuduh daripada terus menyalahgunakan nama firma juruaudit terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SSM, Nurul Husna Mohd Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Jelas SSM, sabitan itu adalah satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan penyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada agensi berkenaan. 

“Kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan identiti individu lain adalah suatu kesalahan berat yang perlu dipandang serius,” menurut SSM.

SSM memberitahu agensi itu sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad