web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


40 Tempat Teduhan Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Berjaya Dibina - Nanta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 7:33PM

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika meninjau tempat teduhan penunggang motosikal di KM11 Lebuhraya Baru Pantai di sini hari ini. - gambar Facebook Alexander Nanta Linggi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata usaha penambahan tempat teduhan baharu itu bermula sejak suku ketiga 2023 selaras dengan fokus Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Menurut Nanta kejayaan pembinaan kemudahan itu juga hasil komitmen syarikat-syarikat konsesi yang diterajui oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada pengguna jalan raya.

“Usaha berterusan akan digembleng untuk penyiapan tempat teduhan penunggang motosikal di 79 lokasi lain pada 2024.

“Tempat teduhan penunggang motosikal semasa hujan adalah penting bagi kemudahan dan keselamatan mereka kerana jika penunggang berteduh di tempat tidak sesuai, mereka berisiko kena rempuh dan hilang nyawa seperti kes yang pernah berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tempat teduhan penunggang motosikal di KM11 Lebuhraya Baru Pantai di sini hari ini.

Nanta berkata pembinaan tempat teduhan penunggang motosikal adalah tanggungjawab sosial korporat syarikat konsesi lebuh raya dan LLM serta tidak melibatkan sebarang sumbangan kewangan daripada kerajaan.

Ditanya sama ada masih terdapat penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejantas atas alasan tempat teduhan dibina tidak strategik, beliau menjelaskan kemudahan berkenaan dibina mengikut keselesaan semua pihak.

Mengulas mengenai keselamatan penunggang motosikal, beliau berkata perbincangan sudah bermula di peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menjadikan lorong motosikal satu dasar wajib dalam setiap pembinaan lebuh raya baharu selepas ini.

“Bagi reka bentuk (lebuh raya) lama tidak boleh dibuat apa dan tidak boleh dilebarkan (untuk pembinaan lorong motosikal). Namun, untuk yang akan datang mesti pertimbang lorong khas (motosikal),” katanya.

Mengenai projek garisan glow in the dark atau bercahaya dalam gelap di jalan raya, beliau berkata setakat ini projek rintis yang dilaksanakan ditaja oleh pihak luar dan bukannya daripada KKR ekoran kos yang tinggi.

Sementara itu, LLM dalam kenyataan menasihatkan penunggang motosikal untuk berhenti berteduh atau berehat di lokasi tempat berteduh yang disediakan di sepanjang lebuh raya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad