web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caj Gunting Rambut RM120, Pemilik Kedai Didenda Kerana Gagal Pamer Harga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 5:25PM

Tangkap layar dua pelancong asing yang berkongsi pengalaman mereka dikenakan caj RM120 untuk perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai yang kemudiannya tular, pada April lalu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik kedai gunting rambut yang tular di media sosial kerana mengenakan caj gunting rambut RM120 kepada pelancong asing, hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah gagal memaparkan senarai caj perkhidmatan dandanan rambut.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Jannah Abdullah, 52, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Wanita itu didakwa gagal memaparkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak memaparkan caj bagi perkhidmatan dandanan rambut di premis itu di Jalan Bukit Bintang di sini pada 12.26 tengah hari, 11 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Perintah 3(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Perintah 5(a) perintah sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul'Ain Shafie daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memohon supaya OKS dikenakan hukuman berbentuk pencegahan sebagai memberi pengajaran kepadanya selain mengambil kira kesalahan serius dilakukannya.

"Dalam kes ini, pelanggan yang merupakan pasangan pelancong asing telah mempersoalkan harga yang dikenakan terhadap mereka mahal dan tidak masuk akal selain menganggap tiada kawalan harga oleh kerajaan bagi urusan niaga bagi barangan dan perkhidmatan.

Situasi itu turut menjejaskan sektor pelancongan negara apatah lagi kes tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian masyarakat umum," katanya.

Nurul Jannah yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menghidap penyakit kanser tahap satu serta menanggung keluarga.

"Saya tidak boleh melakukan kerja-kerja berat, malah rahim saya juga telah dibuang. Saya mempunyai seorang ibu berusia 80 tahun yang sakit di kampung," katanya dalam nada sebak. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar