web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saifuddin: Cadangan SOP Penggambaran, Acara Langsung Dibentangkan Ke MKN pada Isnin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 9:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi kebenaran mengadakan aktiviti seni termasuk penggambaran dalam dan luar studio serta acara langsung, akan dibentang pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata SOP itu yang disifatkan lebih ketat berbanding sebelum ini, diharap akan memperoleh kelulusan segera bagi memastikan kelangsungan hidup mereka yang mencari makan menerusi aktiviti seni, kerana kebanyakannya kini berdepan situasi 'tiada kerja, tiada gaji'.

“Kita faham dalam produksi drama atau filem, 80 peratus ialah kru produksi atau pekerja yang dibayar gaji secara harian. Kerja mereka menjadi terhad jika hanya dibenarkan membuat penggambaran dalam studio, kerana kebanyakan adegan berlaku di luar.

“Selain itu, turut menjadi perhatian KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) ialah acara langsung seperti ‘busking’ yang menjadi rezeki, termasuk kepada orang kurang upaya (OKU). Walaupun ada yang melihat aktiviti ini sebagai halwa telinga dan bukan perkhidmatan perlu, namun ia melibatkan soal mencari makan,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media Program Kembali ke Sekolah 2021 di pusat khidmatnya di sini hari ini, ketika diminta mengulas rayuan penggiat seni untuk dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa sehingga 18 Feb ini.

Cadangan SOP itu, menurut Saifuddin dibangunkan dengan penglibatan semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan berkaitan, selain berdasarkan pengalaman serta penyelidikan amalan syarikat produksi luar negara, dalam situasi pandemik COVID-19.

“Kami juga mendapat pengakuan daripada mereka yang memohon diberikan kebenaran, bahawa akan memastikan pematuhan SOP dan bersedia jika disyaratkan perlu mempunyai pihak luar seperti anggota Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) sebagai pemantau, selain dipantau sendiri oleh FINAS.

“Mereka juga telah menunjukkan pematuhan kepada SOP sepanjang aktiviti itu dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), menyebabkan mereka yakin boleh mematuhi syarat yang dikenakan kali ini,” katanya.

Mengulas mengenai Program Kembali ke Sekolah Saifuddin berkata, pusat khidmat beliau memperuntukkan RM300,000 bagi tujuan itu, yang melibatkan 1,080 pelajar daripada kategori B40, meningkat daripada tahun lalu iaitu RM100,000 kepada 500 pelajar. 

Sumbangan seperti beg sekolah, alat tulis, botol air dan baucar pembelian keperluan sekolah bernilai RM150 seorang turut disampaikan kepada 60 anak yatim di dua buah rumah anak yatim, selain pemberian 200 set kerusi dan meja kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Indera Mahkota, SK Sungai Talam dan SK Cenderawasih di sini.

Terdapat 47 sekolah dalam Parlimen Indera Mahkota dengan 16 daripadanya ialah sekolah menengah, yang mana setiap satu menerima sumbangan wang tunai RM1,000 bagi penganjuran program solat hajat dan bacaan Yasin untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad