web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konflik Bersenjata: Malaysia Tolak Keganasan - Agong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 1:45PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Malaysia menolak segala bentuk keganasan dalam konflik bersenjata yang berlaku di pelbagai pelosok dunia ketika ini.

Seri Paduka bertitah keganasan itu termasuk pengeboman terhadap orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, elektrik dan makanan kepada orang awam.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk menolak bentuk keganasan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan antarabangsa. Barisan kepimpinan termasuk pemimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan hendaklah berpegang teguh kepada prinsip keamanan dan kemanusiaan sejagat.

"Beta khuatir, jika kita tidak menerapkan prinsip itu mulai sekarang, nescaya sebarang pertikaian pada masa hadapan akan berakhir dengan konflik bersenjata yang mengetepikan segala bentuk rasional kemanusiaan," titah Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.  

Seri Paduka bertitah mengambil kira konflik bersenjata yang sedang berlaku itu, UPNM wajar dijadikan sebagai sebuah pusat utama dalam menerapkan kefahaman dan pematuhan masyarakat serta pemimpin masa hadapan negara terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Al-Sultan Abdullah yang juga Canselor UPNM bertitah hal ini kerana undang-undang antarabangsa merupakan peraturan yang menekankan kepada elemen kemanusiaan dalam mengawal kesan buruk akibat konflik bersenjata dan peperangan.

"Dalam era yang mencabar ini, peranan institusi pengajian tinggi menuntut anjakan paradigma baharu ke arah kecemerlangan sebagai institusi sandaran rakyat dan negara.

“UPNM sebagai sebuah universiti pertahanan premier di rantau ini bertanggungjawab untuk melahirkan pemimpin masa depan dalam menjayakan dan mempertahankan kelangsungan kepentingan strategik negara,” titah Seri Paduka. 

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah UPNM perlu mendepani cabaran realiti geopolitik semasa dengan bijaksana dan sentiasa meneroka serta mengenal pasti bidang baharu dalam landskap keselamatan dan pertahanan. 

Konvokesyen kali ini menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 1,490 graduan merangkumi 11 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 93 (Ijazah Sarjana), 986 (Sarjana Muda) dan 400 (Diploma).

UPNM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada bekas Panglima Angkatan Tentera iaitu Jen (B) Tan Sri Azizan Ariffin dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik dan Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam bidang Strategik dan Hubungan Antarabangsa.

Bekas Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Datuk Khalid Ghanim Mohammed AlGhaith pula menerima anugerah berkenaan dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Istiadat kali ini turut menyampaikan Hadiah Akademik 2023 kepada 60 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad