web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Sedih Keadaan Di HSA, Netizen Kata Bukan Semua Fasiliti Begitu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 10:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kesal, apabila datuknya yang juga pesara kerajaan menerima layanan tidak memuaskan, walaupun berada dalam keadaan nazak. 

Meluahkan kekecewaan itu di X, dia yang menggunakan handle @anifaresailema berkata, datuknya berhak menerima rawatan di wad kelas pertama. 

Im sorry but what is this hospital kerajaan? This looks super dodgy and sad. (Saya minta maaf tapi apa hal ni hospital kerajaan? Ia kelihatan sangat usang dan menyedihkan).

My atuk tengah nazak and he use to be a government servant. He is entitled to get first class room but what did they say, ‘bilik penuh’. All his years as a kastam feels like nothing. Do better Msia (datuk saya sedang nazak dan dia ialah pesara kerajaan. Dia berhak menerima rawatan kelas pertama tapi diberitahu bilik penuh. Segala jasanya sebagai pegawai kastam seolah tidak bermakna. Tolong buat lebih baik Malaysia),” katanya menerusi ciapan.

Menurut wanita itu, keadaan hospital yang amat ‘uzur’ sangat tidak menyenangkan.

“I mean how is this okay (macam mana keadaan seperti ini boleh dianggap okay?) I yang sihat pun rasa macam nak sakit because this place is so horrifying. Don’t tell me because ‘bayar murah’ because he worked as a goverment servant all his life. He and everyone else deserves better!!! @BuletinTV3 @astroawani @fahmi_fadzil @anwaribrahim,” katanya, berang.

Difahamkan, hospital dimaksudkan ialah Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, yang sememangnya bakal menjalani proses naik taraf bermula tahun ini, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM500 juta.

Ciapan @anifaresailema itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi, dengan ada netizen turut berkongsi ‘kisah seram’ di hospital lain milik Kementerian Kesihatan (KKM).

Ariasa misalnya berkata, dia tidak terlepas daripada menempuh pengalaman menjengkelkan di Klinik Kesihatan (KK) Kajang.

“This is the thing that I question the most as Malaysian, went to Kajang’s KK and the condition was awful! (Ini perkara yang selalu saya persoalkan sebagai rakyat Malaysia. Pergi ke KK Kajang dan keadaannya sangat buruk!)

“Siap kucing jatuh dari atap sampai berlubang ye. Dah 2023!? Apa pembaharuan yang kerajaan bagi dari segi kemudahan dalam sektor perubatan!??? Masing-masing kereta dok bertukar tukar!,” katanya.

Seorang lagi netizen bagaimanapun berkata, tidak semua hospital kerajaan ‘menawarkan’ mimpi ngeri kepada pesakit.

Memetik pengalaman menguruskan bapanya yang perlu menjalani pembedahan besar di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Richard Ker memberitahu, kecekapan petugas di hospital terbabit membuatkan segala proses berjalan lancar.

“Hanya dalam tempoh sejam, ayah saya sudah dimasukkan ke wad, disusuli dengan ujian darah serta jantung tidak lama selepas itu.

“Segala arahan diberikan dengan jelas, termasuk penerangan oleh doktor mengenai prosedur pembedahan yang akan dilakukan,” katanya.

Jelas Richard, kesemua kos dan rawatan lima bintang diterima itu hanya berjumlah RM30.50.

“Saya tak pasti jika ada negara lain menawarkan rawatan pada harga serendah ini.

“Segalanya amat memuaskan hati di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya. - Getaran, 30 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad