web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lapangan Terbang Pulau Pinang Alu-alukan Ketibaan Qatar, Thai Airways

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 3:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengalu-alukan ketibaan dua syarikat penerbangan global pada Oktober, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Qatar Airways telah menyambung semula laluan Doha-Phuket-Pulau Pinang dengan penerbangan harian manakala Thai Airways International memulakan kemunculan pertamanya dengan perkhidmatan harian ke Bangkok, kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Penambahan ini adalah bukti kepada pemulihan pelancongan pengembaraan di rantau ini,” kata MAHB.

Operasi tempatan MAHB merekodkan 6.8 juta pergerakan penumpang, atau 67 peratus daripada 10.2 juta kumpulan itu pada Oktober 2023, kata kenyataan itu, dengan kedua-dua sektor domestik dan antarabangsa, masing-masing mencatatkan 3.4 juta pergerakan penumpang.

Ketibaan penerbangan sulung Qatar Airways ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 30 Oktober lalu. - gambar Malaysia Airports
Ketibaan penerbangan sulung Qatar Airways ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 30 Oktober lalu. - gambar Malaysia Airports

Sementara itu, sektor antarabangsa menyaksikan pertumbuhan 3.6 peratus berbanding September 2023 disebabkan peningkatan 3.3 peratus dalam kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan yang ditawarkan, disokong oleh perkhidmatan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Zhangjiajie, China oleh Batik Air Malaysia; Kertajati, Indonesia oleh Malaysia Airlines; dan Padang, Indonesia oleh Super Air Jet, katanya.

Pergerakan penumpang domestik Oktober mencapai 80.3 peratus daripada paras 2019 seramai 3.4 juta penumpang, dengan purata faktor muatan 81.5 peratus, kedua tertinggi setakat ini, selepas Ogos 2023 yang mencatatkan 82.2 peratus.

Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW) di Türkiye, yang dimilikinya, mengendalikan 3.3 juta pergerakan penumpang, atau baki 33 peratus daripada keseluruhan 10.2 juta pergerakan penumpang MAHB.

Lapangan terbang ini merekodkan pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing 1.7 juta dan 1.6 juta, menjadikan jumlahnya kepada 3.3 juta, 4.7 peratus melepasi paras 2019, kata kenyataan itu.

“Memandangkan tahun semakin hampir berakhir, prestasi operasi kumpulan dari segi pergerakan trafik udara pada Oktober 2023 menandakan satu lagi trajektori yang menjanjikan untuk pemulihan berterusan industri penerbangan,” kata MAHB.

Setakat tahun ini, kumpulan itu telah mencatatkan 98.9 juta pergerakan penumpang, atau 84.7 peratus daripada tahap sebelum pandemik 2019, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad