web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semua Kementerian Diarah Kurangkan Gula Dalam Jamuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 2:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua kementerian untuk memastikan amalan kurangkan gula dilaksana dalam setiap jamuan.

Ketika menyeru rakyat untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan bagi mengelak risiko penyakit diabetes, Anwar mengarahkan semua kementerian melaksanakan kempen kurangkan gula dalam pemakanan.

“Laporan (menunjukkan) penyakit kencing manis diabetis paling tinggi di Asia itu di Malaysia… ini bukan urusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

“Kita patut jadi negara sihat kerana Islam itu menekankan keperluan jaga kesihatan tetapi Malaysia nombor satu dari segi penyakit kerana menelan, menghirup gula berlebihan,” katanya.

Berucap merasmikan Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 di sini hari ini, Anwar turut meminta para usahawan untuk membantu memastikan penggunaan gula dikawal.

“Saya rasa kesal Malaysia dengan kesedaran Islam, dakwah tazkirahnya, tetapi diabetes tinggi maknanya kesedaran kepentingan kesihatan tidak dikawal,” katanya.

Khamis lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata dapatan hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Dr Zaliha berkata KKM akan melancarkan satu pelan advokasi gula dalam masa terdekat. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad