web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Rimas Ulat Hitam Kembali ‘Menyerang’ Selepas Tujuh Tahun Menghilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 4:57PM

Ulat berwarna hitam seakan beluncas itu menyebabkan pokok Api-api yang dihinggapi mati. - gambar Rafiqsi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sekitar 2016, penduduk di Kampung Tebengau Tepi Laut dekat Kuala Kedah di sini pernah berdepan ‘serangan’ ulat berwarna hitam hingga mendatangkan perasaan tidak selesa.

Bukan hanya nampak 'menggelikan' bagi sesetengah orang, ulat seakan beluncas itu juga didakwa menyebabkan kegatalan sekiranya disentuh,

Masalah itu dikatakan hanya selesai setelah beberapa agensi kerajaan mengambil tindakan.

Kini setelah tujuh tahun berlalu, ulat tersebut muncul kembali dalam jumlah banyak hingga mendatangkan kerisauan terhadap penduduk.

Walaupun jumlahnya tidak sebanyak dulu, namun mereka bimbang jumlahnya meningkat dalam masa singkat kerana pembiakannya dikatakan terlalu cepat.

Menurut seorang penduduk, Zalilah Had, 39, dia mula menyedari kehadiran ulat tersebut pada Selasa lalu apabila terlihat perubahan pada pokok Api-Api, iaitu sejenis pokok bakau yang berada di kawasan berhampiran.

Zalilah Had menunjukkan ulat yang bergantungan ibarat labah-labah dari pokok api-api di hutan bakau berhampiran restoran diusahakannya. - gambar Rafisqi Radhi
Zalilah Had menunjukkan ulat yang bergantungan ibarat labah-labah dari pokok api-api di hutan bakau berhampiran restoran diusahakannya. - gambar Rafisqi Radhi

"Pokok Api-Api itu yang sepatutnya menghijau, bertukar warna menjadi coklat, kering dan layu. Apabila kami menghampirinya, terlihat ulat-ulat tersebut dalam jumlah banyak.

"Disebabkan itu kami mula bimbang kerana makin hari, makin banyak pokok yang 'dihinggapi' ulat tersebut.

Kami bimbang kejadian seperti 2016 berulang kerana ketika itu keadaan menjadi sangat tidak selesa.

"Saya sendiri mengusahakan restoran berhampiran pokok bakau ini dan setelah mengesan kehadiran ulat tersebut, kami mengambil keputusan untuk menutup perniagaan. Kami tak mahu nanti ada pelanggan yang datang membuat aduan," katanya kepada Getaran.

Mengimbas kembali situasi pada 2016, bapa saudara Zalilah, Yunus Saad, 59, berkata, dia masih teringat bagaimana kenderaan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anaknya dihurungi ulat tersebut.

Yunus Saad menunjukkan ulat yang menyerang pokok api-api di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah ketika ini. - gambar Rafisqi Radhi
Yunus Saad menunjukkan ulat yang menyerang pokok api-api di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah ketika ini. - gambar Rafisqi Radhi

"Masa itu kebanyakan pokok api-api di kawasan bakau sudah mati dan ulat berkenaan berada di mana-mana termasuk dalam rumah.

“Walaupun sekarang jumlahnya masih belum ‘melimpah’ seperti dulu, tetapi jumlahnya cukup banyak hingga rasanya mencecah ribuan ekor.

"Sewaktu jumlahnya banyak dulu, ulat-ulat itu akan sentiasa jatuh ke atas kenderaan yang melalui kawasan ini. Kalau berhenti sekejap pun di bawah pokok, jumlahnya tetap banyak," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Ku Othman Ku Jiwa, 63 memaklumkan, dia dan isteri pernah dimasukkan ke hospital gara-gara terkena ulat tersebut.

"Kalau kena, memang gatal dan apabila digaru, akan timbul kesan seakan kurap. Isteri saya pernah dimasukkan ke wad kerana demam, setelah terkena ulat ini.

"Selepas 2016, ulat ini tidak pernah kelihatan lagi hinggalah sekarang. Saya harap pihak berkaitan akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan populasinya bertambah," katanya.

Ku Othman berkata, ketika serangan tahun 2016, ulat berkenaan hanya hilang selepas Jabatan Pertanian Negeri Kedah menyembur racun makhluk perosak.

Dia berkata, pada mulanya pokok yang diserang ulat berkenaan ditebang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi ia tetap tidak menyelesaikan masalah.

“Masalah itu hanya selesai setelah Jabatan Pertanian Negeri Kedah menyembur racun.

"Maka kami berharap agar tindakan sama dapat diambil bagi mengatasi masalah tersebut secepat mungkin," katanya. – Getaran, 23 November 2023

Pokok api-api yang biasanya menghijau berubah warna setelah diserang ulat hitam seakan beluncas baru-baru ini. - gambar Rafisqi Radhi
Pokok api-api yang biasanya menghijau berubah warna setelah diserang ulat hitam seakan beluncas baru-baru ini. - gambar Rafisqi Radhi

Sorotan

1

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

2

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

3

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

4

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

5

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

6

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad