web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Perak Kekal Setakat Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:13AM

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan (tiga, kanan) menyantuni mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat manakala di Perak kekal setakat malam tadi.

Di TERENGANU, jumlah mangsa banjir yang direkodkan meningkat daripada 893 orang pada 6 petang semalam, kepada 1,070 orang pada 8 malam berikutan hujan berterusan sejak malam sebelumnya.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah mangsa terbanyak iaitu 564 mangsa daripada 166 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara di Kuala Terengganu, 496 mangsa daripada 152 keluarga berlindung di tiga PPS manakala di Setiu, sebuah PPS beroperasi menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

Sementara itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air memaklumkan paras sungai-sungai utama di Terengganu masih normal setakat 7 malam, kecuali di tiga stesen.

Stesen berkenaan melibatkan Sungai Setiu di Kampung (Kg) Besut, Setiu berada pada tahap waspada iaitu di paras 16.22 meter (m) manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu pada tahap amaran di paras 7.95m manakala Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus di tahap bahaya iaitu 3.85 meter.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir pada malam tadi kekal seperti pagi semalam, dengan 75 orang daripada 22 keluarga berlindung di dua PPS di Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak menempatkan 18 orang daripada tiga keluarga serta PPS SK Alor Pongsu dengan 57 orang daripada 19 keluarga, berlindung di kedua-dua PPS itu sejak bulan lepas.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan di Kerian, laluan FT 147 Jalan Selama ditutup kepada semua kenderaan selepas kawasan itu dinaiki air dan orang ramai diarah menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

Di Batang Padang, laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan dibuka satu lorong hanya kepada kenderaan ringan berikutan pembaikan jalan utama perlu dilakukan segera susulan keadaan bahu jalan yang runtuh.

"Laluan di FT 001 Jalan Ipoh-Tanjung Malim hanya dibuka satu lorong kepada semua kenderaan kerana Pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dibuat di lokasi akibat tanah runtuh.

"Di Hilir Perak, laluan di A129 Jalan Langkap-Air Hitam dipasang papan amaran sementara dan pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif di laluan FT058," menurut JKR. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad