web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Tempatkan Pasukan Gerak Cepat MTL Sebagai Persiapan Hadapi Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 5:52PM

Pasukan gerak cepat itu juga bakal dilengkapi dengan pelbagai aset khas dan akan terus digerakkan ke lokasi kejadian apabila diperlukan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membentuk Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL) yang akan ditempatkan di beberapa zon tertentu sebagai persiapan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir besar di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPBM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata pasukan itu juga bakal dilengkapi dengan pelbagai aset khas dan jika perkhidmatan mereka diperlukan, ia akan terus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebagai contoh di Zon Pantai Timur, pasukan ini ditempatkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Terengganu manakala pasukan Zon Selatan, ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Johor.

“Bagi Zon Utara, pasukan itu akan ditempatkan di Pangkalan Udara JBPM Bertam, Pulau Pinang manakala di Zon Borneo, mereka ditempatkan di Miri, Sarawak. Pasukan ini akan membantu pemindahan mangsa yang terkepung akibat banjir,” katanya ketika diminta mengulas persediaan JBPM di beberapa negeri yang dijangka mengalami banjir susulan MTL.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2022, Pingat Perkhidmatan serta Sijil 30 Tahun Perkhidmatan JBPM Kedah yang menyaksikan 61 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 45 menerima Pingat Perkhidmatan dan 29 menerima Sijil 30 Tahun Perkhidmatan.

Abdul Wahab juga berkata JPBM memiliki sembilan pesawat pelbagai jenis yang akan digunakan untuk memindahkan mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan ke lokasi diperlukan khususnya di pedalaman.

“Kita juga telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan. JBPM bukan hanya membantu menghantar pesakit ke hospital jika berlaku kecemasan malah kami juga bersedia menerbangkan doktor dan jururawat ke lokasi yang diperlukan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat terutama golongan warga emas, individu yang kurang sihat, ibu mengandung dan kanak-kanak untuk berpindah secepat mungkin jika terdapat tanda-tanda bakal berlaku banjir di kawasan kediaman mereka.

"Seluruh negara sekarang ada 5,648 lokasi panas banjir yang telah dikenal pasti dan di Kedah sahaja ada 259 lokasi panas tetapi kita telah bersedia sekiranya berlaku hujan yang luar biasa selain membuat rondaan di kawasan berkenaan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad