web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nurul Ain, Suami Terus Bersemangat Beri Bantuan Kepada Rakyat Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 8:35PM

Nurul Ain Haron dan Mohamed A. M. Shaat pada sidang media hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang sebelum ini terkandas di Palestin, akan terus memberi bantuan kepada rakyat negara itu meskipun sudah kembali ke tanah air.

Nurul Ain, 37, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata walaupun proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin sukar, namun beliau bersama suaminya Mohamed A. M. Shaat, 33, yang merupakan warga Palestin akan terus memberi bantuan kewangan kepada abang iparnya yang masih berjuang di sana.

“Sekarang ini bantuan yang sedia ada itu memang susah untuk masuk dan satunya cara untuk masuk (bantuan) ialah melalui sempadan Rafah, jadi saya dan suami di sini bercadang untuk tidak beri barangan yang sedia ada, tetapi memberi bantuan secara wang tunai,” katanya ketika berdialog untuk media tempatan bertajuk Gaza Dihatiku di Surau Al-Mukarammah, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa bantuan barangan sedia ada seperti makanan akan mula rosak, susulan tempoh mendapat kelulusan kemasukan yang lama dan juga pendedahan terhadap cuaca di sana.

Nurul Ain berkata dengan pemberian bantuan dalam bentuk wang, dapat memberi alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin itu.

Nurul Ain berkata bantuan kewangan tersebut adalah lebih baik baginya secara peribadi, selain beliau tetap menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk teruskan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat di sana.

“Pada pandangan saya, pada NGO di luar sana yang mungkin, saya tak boleh kata tak boleh masuk ada kemungkinan mereka dapat masuk dan salurkan bantuan makanan silakan, tetapi bagi saya sendiri perkara itu sukar untuk kerana saya buat secara peribadi, jadi apa yang saya boleh buat ialah dengan tunai,” katanya.

Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500 orang, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.

Nurul Ain bersama suaminya dibawa keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir, tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar, pada 14 Nov lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar