web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Dipenjara 5 Bulan, Denda Larikan Jongkong Emas, Curi Wang Majikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 5:37PM

Goh Min Xiu dipenjara lima bulan dan denda RM11,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah bagi tuduhan melarikan jongkong emas dan mencuri wang majikannya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang wanita dihukum penjara lima bulan dan denda RM11,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah bagi tuduhan melarikan jongkong emas dan mencuri wang majikannya.

Mengikut pertuduhan pertama, Goh Min Xiu, 25, didapati mencuri satu bentuk jongkong emas 999 seberat 100 gram bernilai RM25,393 di sebuah kedai emas di Jalan Kee Ann di sini, kira-kira jam 4.30 petang pada 30 Oktober lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan bagi kesalahan kedua boleh juga dikenakan penjara, denda atau sebatan.

Mengikut fakta kes, Goh telah datang sebagai pelanggan dan meminta pekerja kedai emas mengeluarkan jongkong emas itu daripada almari kaca.

Tertuduh kemudiannya memegang jongkong terbabit selama kira-kira tiga minit sebelum bertindak melarikan diri dan masuk ke dalam sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina bersama dua lagi individu yang berada di dalam kereta itu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Goh mengaku bersalah mencuri wang tunai bernilai RM2,427 milik majikannya di Restoran Top Hit Ong Thai Mookata BBQ di sini, pada jam 10 malam pada 22 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.

Goh yang juga bekas juruwang dalam rayuannya meminta supaya hukuman ringan dikenakan terhadapnya, memandangkan dia hanya tinggal berdua bersama ibunya yang sudah uzur, selain menyesali kesalahannya itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal kerana kesalahan dilakukan tertuduh membabitkan nilai kerugian tinggi.

Majistret Khairunnisak Hasni kemudiannya mengenakan hukuman penjara tiga bulan bermula tarikh ditangkap pada 7 November lalu, berserta denda RM10,000 atau tambahan dua bulan penjara jika gagal membayar denda bagi kesalahan melarikan jongkong emas.

Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara dua bulan selepas tamat tempoh pemenjaraan bagi kesalahan pertama itu serta denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal bayar. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar