web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Doktor Cuai Atas Kematian Isteri Bekas Pemain Hoki Negara - Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:11AM

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan tuntutan saman difailkan Avtar Singh terhadap doktor berkenaan yang memeriksa, mendiagnos dan merawat isterinya, Salinder Kaur. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM335,000 kepada bekas pemain hoki kebangsaan dalam saman cuai bagi pihak mendiang isterinya yang meninggal dunia 10 bulan selepas mengalami strok pangkal otak.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Avtar Singh terhadap doktor berkenaan yang memeriksa, mendiagnos dan merawat isterinya, Salinder Kaur.

Dalam penghakiman bertulis dikeluarkan hari ini, mahkamah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM234,624.09 serta ganti rugi am RM100,000 kepada plaintif (Avtar) dan kos RM40,000.

"Saya berpendapat bahawa jumlah RM100,000 itu wajar memandangkan mendiang terlantar di atas katil selama hampir 10 bulan sebelum meninggal dunia akibat strok pangkal otak," katanya dalam penghakiman 33 muka surat tersebut.

Raja Ahmad Mohzanuddin turut menyatakan bahawa doktor tersebut telah mengakui bertanggungjawab terhadap tuntutan plaintif.

"Adalah jelas daripada pindaan semula kenyataan tuntutan bahawa doktor berkenaan telah mengakui setiap aspek tuntutan kecuaian yang dibuat terhadapnya.

"Apabila sesuatu kejadian berlaku selepas hospital telah mengambil langkah penjagaan yang wajar seperti yang saya temui dalam kes ini, liabiliti seharusnya semata-mata terletak pada doktor berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, Raja Ahmad Mohzanuddin menolak tuntutan plaintif terhadap hospital swasta berkenaan di Kelana Jaya itu dengan kos RM30,000 selepas memerintahkan hospital berkenaan tidak bertanggungjawab.

Avtar, 68, merupakan pemain skuad negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik 1976 dan 1980 serta turut serta dalam dua Piala Dunia pada tahun 1978 dan 1981.

“ Akibat kejadian tragis menimpa isterinya (Salinder), beliau terpaksa mmelepaskan semua kepentingannya termasuk sebagai jurulatih untuk memberi sepenuh masanya bagi menjaga isterinya."

Menurut pernyataan tuntutan difailkan pada 2019, Salinder dibawa ke jabatan kecemasan hospital berkenaan pada 21 Ogos 2016 selepas mengalami sakit yang teruk dan kebas pada lengan kiri.

Selepas itu, pesakit berkenaan dirawat di hospital tersebut.

Hakim berkenaan berkata ada dakwaan bahawa doktor tersebut menjalankan tugas di luar bidang kelayakannya dan gagal mendiagnos dengan betul kerana hospital berkenaan tidak mempunyai peralatan perubatan yang sewajar.

Disebabkan itu, Salinder dipindahkan ke hospital lain.

Memandangkan keadaannya tidak beransur pulih, Salinder yang ketika itu lumpuh dibawa pulang ke rumah sebelum meninggal dunia pada 19 Jun 2017. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar