web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendakwaan Perlu Masa Teliti Representasi Azlan Man Kaji Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 2:04PM

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man (tengah) ketika tiba di mahkamah pada sebutan kes membuat tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti representasi oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bagi mengkaji pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menerima wang hasil aktiviti haram.

Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima representasi yang dihantar pihak pembelaan menerusi e-mel semalam.

"Oleh itu, kami memerlukan masa untuk menelitinya sebelum ditaklimatkan kepada Peguam Negara (AG)," katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Azura Alwi.

Peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan berkata, representasi baru dihantar semalam kerana pihaknya memerlukan masa untuk meneliti bukti dan fakta bagi melengkapkan dokumen itu.

Azura menetapkan 12 Januari 2024 untuk sebutan semula kes dan turut menetapkan sembilan hari pada 18 dan 19 Julai, 1 dan 2 Ogos serta 19 hingga 23 Ogos tahun depan untuk perbicaraan.

Noralis memaklumkan pihaknya akan memanggil 20 saksi pada perbicaraan itu.

Pada 10 April lalu, Azlan, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta, yang didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, di Kangar, antara Disember 2013 hingga Disember 2017.

Bagi semua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 12 April lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM1.06 juta antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, CIMB Bank cawangan Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial di sini, antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Jun lalu, Azura membenarkan kesemua pertuduhan tersebut dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad