web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Dipercayai Ditinggalkan Lebih 7 Jam Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 4:00PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan maut selepas dipercayai ditinggalkan lebih tujuh jam di dalam kereta di Ara Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.49 petang selepas ibu kanak-kanak berkenaan memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri di rumah.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pada 7 pagi hari yang sama, ibu bayi itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika berhampiran untuk menghantar kanak-kanak perempuan itu.

"Apabila sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

"Ibu mangsa terus pulang ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, bapa kanak-kanak itu telah memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian, namun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Proses bedah siasat akan dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad