web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengkujuh: Nelayan Masih Turun Ke Laut, Tidak Pulang 'Tangan Kosong'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 12:31PM

Nelayan di Pantai Timur masih boleh keluar menangkap ikan walaupun musim tengkujuh dijangka bermula bulan ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hampir 200 nelayan di Kampung Pulau Gajah, di sini, masih dapat melakukan rutin harian mencari hasil laut walaupun musim Monsun Timur Laut (MTL) diramalkan bermula bulan ini.

Yusoh Omar, 64, berkata pada Oktober tahun lepas, dia dan rakan-rakan sudah tidak boleh turun menangkap ikan kerana hujan lebat dan laut bergelora yang membahayakan keselamatan mereka:

Alhamdulillah, setakat hari ini saya dan rakan-rakan nelayan yang lain masih dapat turun ke laut untuk mencari rezeki, malah kami sentiasa berwaspada serta mengambil maklum situasi semasa mengenai MTL.

"Kalau nak dibandingkan tahun lepas, bulan Oktober memang dah tak boleh turun ke laut sehingga kami terpaksa isi masa lapang dengan jahit pukat, baiki bot dan sebagainya," katanya kepada pemberita di kampung berkenaan hari ini.

Turut senada, Zakaria Abd Rahman, 67, berkata walaupun hasil tangkapan ikan tahun ini tidaklah terlalu banyak berbanding tahun sebelumnya, dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong dan mampu untuk menyara keluarga.

'Semasa turun ke laut, kami akan beli minyak diesel RM20 untuk pergi dan balik pendapatan kami dapat kira-kira RM700 sebulan, jadi hasil yang dapat ini betul-betul cukup makan sahaja, nak menyimpan tu susah sikitlah.

"Tahun ini boleh dikatakan agak mencabar jugalah untuk kami nelayan kerana banyak faktor luar jangka berlaku di laut mungkin kerana perubahan cuaca dan sebagainya," katanya yang menjadi nelayan lebih 40 tahun lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula Nov 2023 hingga Feb 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad