web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Kawalan Sempena Deepavali Diumum 6 Nov

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 1:09PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh ketika tinjauan harga ayam di Pasar Awam Kajang di sini, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Deepavali, pada 6 Nov ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata kawalan harga itu, akan diletakkan pada harga maksimum berdasarkan keperluan barangan asas musim perayaan dan ia dilaksanakan bersempena perayaan tersebut tidak lama lagi.

"Selalunya kita akan meletakkan harga maksimum untuk barang keperluan asas mengikut perayaan, seperti Deepavali ada barang-barang keperluannya, kalau Tahun Baharu Cina, ada barang khasnya.

"Kita akan mengawalnya selama tujuh hari sebelum dan selepas Deepavali, dan pemantauan akan sentiasa dibuat di mana-mana lokasi," katanya selepas tinjauan harga ayam di Pasar Awam Kajang di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi pelaksanaan pengapungan harga ayam, Fuziah mengingatkan bahawa pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dan memastikan peniaga dan pengeluar tidak mengambil kesempatan di atas pelaksanaan tersebut.

Beliau berkata sekiranya harga yang ditetapkan oleh peniaga itu tidak munasabah, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, manakala pada pengeluar atau kartel mereka tertakluk pada Akta Persaingan.

"Saya kira ada beberapa peniaga masih tidak berapa jelas berhubung pengapungan harga ayam, sebab ada yang tanya kepada saya apa maksud apung dan ada peniaga yang menambah kos tambahan seperti upah potongan dan sebagainya dan sekiranya berlaku, ia menyalahi undang- undang.

"Kita juga akan mengawal di peringkat pengeluaran menggunakan Akta Persaingan, sebagai contoh apabila berlakunya pakatan antara kartel untuk menaikkan harga di peringkat pengeluaran, bagi memastikan kartel tidak mengambil kesempatan," katanya.

Beliau berkata perkara itu mungkin akan berlaku sekiranya pihak terbabit berpakat menaikkan harga seperti harga makanan ayam di peringkat pengeluaran dan itu akan memberi kesan di peringkat bawah seperti peruncit dan pengguna.

KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

Pada masa sama, KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN setiap hari, melibatkan hampir 1,500 premis meliputi pasar basah, pasar raya dan pasar raya besar, pasar mini, serta kedai runcit di seluruh Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran