web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mufti Perak Dahului Senarai 238 Penerima Darjah Kebesaran Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 9:02AM

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mendahului senarai 238 penerima darjah kebesaran serta pingat negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-67 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Wan Zahidi, 81, dilantik sebagai mufti Perak pada 1 Ogos tahun lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain Wan Zahidi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed turut dikurniakan darjah SPMP.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dikurniakan Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Mohd Zaki Mahyuddin menerima Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk manakala seramai 13 penerima dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DPMP ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Salbiah Mohamed dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan yang juga bekas Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Selain itu seramai lima individu menerima Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan, Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) (14) Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) (29); Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) (21) Darjah Ani Mahkota Perak (AMP) (43), Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (60), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (33) dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP) kepada 15 orang.

Tiga atlet yang berjaya mengharumkan nama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022 tu atlet olahraga Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Shereen Samson Vallabouy dan penerjun Muhammad Syafiq Puteh merupakan antara penerima pingat PJK.

Pada sidang media tadi, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (8) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Pingat Negeri Perak akan diadakan dua sesi di mana sesi pertama pada Ahad ini dan sesi kedua pada 18 Nov ini.

Katanya kedua-dua sesi istiadat akan diadakan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Beliau berkata sambutan pada tahun ini akan dimulakan dengan penganjuran Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat yang akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada waktu solat Jumaat.

Majlis yang sama akan turut diadakan di semua masjid daerah di seluruh negeri Perak dengan diketuai Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah mengikut daerah masing-masing, katanya.

Rakyat negeri Perak juga diseru untuk bersama-sama meraikan dan menyemarakkan sambutan dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan-bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman masing-masing. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad