web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembida Dari Pasir Gudang Bida Rolex Kurniaan Raja Salman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 10:30AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyerahkan jam tangan Rolex yang dibida kepada pembidanya. - gambar Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jam tangan jenama Rolex kurniaan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang dilelong sebelum ini, dibida pada harga RM135,000, beberapa minit sebelum bidaan ditutup tengah malam 31 Oktober lepas.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang memaklumkan mengenai keputusan bidaan berkenaan, berkata pembida dari Pasir Gudang, Johor yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Hamba Allah’ kini pemilik jam tangan mewah berkenaan.

Dalam hantaran melalui media sosialnya semalam, Zulkifli memaklumkan beliau sudah menyempurnakan penyerahan jam tangan berkenaan kepada pembida.

“Saya tanya kepada beliau, “Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada 7 minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam (31 Oktober)?

“Pembida ini sebak dan kemudiannya menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, sejumlah RM100,000 daripada bidaan itu akan diserahkan kepada pelarian Palestin yang kini berlindung di Amman, Jordan.

Beliau berkata, baki RM35,000 lagi akan diserahkan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara terpilih yang juga terbabit dalam usaha kemanusiaan membabitkan Palestin.

“Saya dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar. Saya akan singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.

“Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada 8 NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli turut menyatakan kesedihannya membabitkan situasi di Palestin termasuk serangan terbaharu rejim Zionis di kem pelarian Palestin di Jabalia.

“Semoga ini menjadi sejuzuk kecil saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin.

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ.

“Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92),” katanya.

Isnin lalu, Zulkifli mengumumkan beliau melelong jam tangan Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud bermula pada harga tapak RM40,000 dengan setiap kenaikan bidaan RM100 ke atas.

Beliau dilaporkan berkata, hasil bidaan akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin.

Zulkifli juga memaklumkan hadiah kurniaan itu diterimanya pada 2017 dan hanya dibuka pada 2021. – Getaran, 2 November 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad