web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dera Anak: Ibu, Teman Serumah Dipenjara 7 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 4:20PM

Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, (belakang) dan teman serumahnya, Awiin Chua, 30, (depan) diperintah menjalani hukuman serentak dari tarikh tangkap. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun sehingga mengalami 20 kecederaan fizikal di badan.

Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurul Asyiqin Mohamad Zahid, 27, dan Awiin Chua, 30, yang juga rakan serumahnya selepas mereka mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pada 16 Ogos lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mabel Sheela berkata kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berlaku kerana hubungan ibu dan anak adalah sangat istimewa.

"Kalau awak (ibu mangsa) tanya anak awak adakah dia mahu mengikut awak, pasti dia akan mahu ikut, walaupun tahu akan merasa sakit.

"Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan syukur mangsa dibantu orang awam kalau tidak pastinya mangsa akan meninggal dunia," katanya dalam nada sebak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kedua-dua wanita itu menjalani hukuman penjara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 12 Ogos lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir memohon hukuman setimpal berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa iaitu lebih 20 kecederaan fizikal di tubuhnya selain kekerapan berlakunya penderaan.

"Bayangkan dalam tempoh sebulan penderaan, kecederaan yang teruk sebagaimana laporan perubatan disokong dengan gambar-gambar kecederaan yang dikemukakan di mahkamah. Jika dibiarkan atau lambat diketahui, tiada gambaran dapat dibayangkan apa yang akan terjadi kepada mangsa

"Dalam kes ini setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada jiran-jiran mangsa yang mengambil berat terhadap mangsa sehingga berjaya membongkar kesalahan dan tindakan pantas jiran berjaya menyelamatkan mangsa," katanya.

Beliau berkata kes itu juga melibatkan kepentingan awam serta mendapat perhatian keluarga diraja Johor iaitu Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Peguam Nur Hazneena Zureen Jaesleen Mohd Hanafiah yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama anak guamnya.

"Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini, selain mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang telah menyesal atas perbuatan mereka," katanya.

Bagi kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak itu yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas tular video insiden orang awam menyerbu rumah berkenaan bagi menyelamatkan mangsa yang turut memaparkan kecederaan agak teruk di bahagian belakang badan mangsa. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad