web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maszlee Nafi Dilantik Naib Canselor UM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 10:14AM

Bekas Menteri Pendidikan itu juga menafikan ada memohon jawatan berkenaan di mana-mana IPTA dalam negara. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Prof Dr Maszlee Malik mahu memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) yang dilakukan tanpa bayaran (pro bono) demi menjayakan agenda Malaysia MADANI di peringkat umat Islam global.

Sehubungan itu, beliau menafikan dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya (UM) seperti yang tular sejak akhir-akhir ini.

Menyifatkannya sebagai khabar angin, Maszlee yang kini pensyarah di Universiti Cyberjaya, memaklumkan dalam satu hantaran di akaun media sosialnya, sebelum ini beliau dikatakan menjadi Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"UM pulak??? Adoi, ituhari sibuk rumours nama saya dipilih sebagai VC UiTM, pagi sehingga petang ni berjujut pula ucapan tahniah mengenai lantikan saya sebagai VC UM!

"Saya pun tidak pasti dari mana datangnya khabar angin seperti ini dan siapakah yang menularkannya," katanya.

Maszlee turut berkongsi tangkap layar ucapan tahniah yang diterimanya melalui hantaran sama, yang antara lain menyatakan pelantikan sebagai Naib Canselor UM ke-14 itu berkuatkuasa mulai 1 November 2023.

Maszlee berkata, beliau tidak pernah memohon mana-mana jawatan Naib Canselor di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.

Beliau malah berpendapat bahawa IPTA perlu diterajui oleh golongan akademik yang masih berkhidmat.

Justeru, tumpuannya ketika ini untuk menyokong agenda dibawa kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kedudukannya di IAIS.

"Bagi saya kepimpinan PMX dan juga kerajaan perpaduan perlu didokong dan diberikan sokongan dengan apa juga peranan yang diberikan.

"Bagi warga UM, siapapun VC (naib canselor) yang dipilih nanti, berikanlah kerjasama untuk menggunguli pendidikan tinggi bukan sekadar di peringkat watan, malah di persada global," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada warga UM yang mengirimkan mesej berhubung perlantikan sebagai naib canselor universiti itu kerana masih mengingatinya. - Getaran, 1 November 2023

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad