web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MYAirline Sedang Berunding Dengan 2 Pelabur Berpotensi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 8:14PM

Tindakan MYAirline menggantung operasi pada awal pagi 12 Oktober lalu menjejaskan ramai penumpangnya. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MYAirline Sdn Bhd hari ini berkata bahawa ia telah menerima lebih 15 cadangan daripada pelabur berpotensi, dua daripadanya berada dalam peringkat rundingan lanjutan.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ia sedang berusaha sepanjang masa untuk memuktamadkan pakej permodalan semula untuk memulihkan operasinya.

"Ini juga akan memudahkan pembayaran balik wang kepada penumpang yang terjejas serta pembayaran gaji dan pembayaran yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga mengulangi kenyataan bahawa ia tidak menamatkan atau mengarahkan mana-mana kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sejak 12 Oktober lepas sehingga sekarang.

“Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh kakitangan dan memberi jaminan kepada mereka bahawa MyAirline melakukan segala yang mampu untuk menangani masalah mereka. Kakitangan diminta untuk bekerjasama dengan syarikat dalam masa yang sukar ini kerana MyAirline melakukan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

MYAirline menggantung operasinya pada 12 Oktober 2023 kerana masalah kewangan.

Syarikat penerbangan itu berkata selain menubuhkan ‘Tabung Ihsan’ secara dalaman untuk mengutip derma untuk disalurkan kepada pekerja yang paling terjejas teruk, MYAirline juga telah membuat perjanjian dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerjanya memohon Skim Insurans Pekerjaan (EIS) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Mengenai bayaran balik untuk penumpang yang terjejas, MYAirline berkata ia telah menerima lebih 30,000 panggilan dan e-mel yang sedang ditangani oleh pasukan khidmat pelanggannya.

Syarikat penerbangan itu berkata bahawa ia bertujuan untuk membayar balik semua bayaran balik sebaik sahaja menerima pakej permodalan semula daripada pelaburnya.

"Kami akan memberi perkembangan terkini kepada penumpang yang dihargai dan pihak berkepentingan berkaitan mengenai pembayaran tersebut," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad