web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Belanda Mark Rutte Lakukan Lawatan Kerja Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 3:48PM

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 3.25 petang ini untuk memulakan lawatan kerjanya di Malaysia selama dua hari bermula hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Belanda Mark Rutte akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia mulai Selasa (31 Okt) hingga 1 Nov, lawatan kedua beliau ke negara ini sejak 2014.

Semasa lawatan itu, Rutte dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Nov, dengan kedua-dua pemimpin dijangkakan menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pertukaran budaya, minyak sawit, pertanian dan komoditi pertanian.

“Ini termasuk menangani isu Islamofobia serta meneroka bidang kerjasama baharu yang berpotensi.

“Semasa rundingan itu, kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Rutte turut akan diraikan dalam satu jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra).

Rutte akan diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan Asing, pegawai kanan kerajaan dan delegasi perniagaan.

Menurut Wisma Putra, Rutte turut dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof dan terlibat dalam acara menanam pokok sawit sebagi simbolik kepada kerjasama erat antara keda-dua negara dalam sektor minyak sawit.

Rutte juga akan menyampaikan ucaptama dan menyertai sesi dialog bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), Nik Nazmi Nik Ahmad pada Dialog Air Malaysia-Belanda kali keenam.

“Dialog Air itu acara tahunan anjuran bersama KeTSA dan Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur yang berperanan sebagai platform untuk pakar menangani pelbagai isu berkaitan air,” menurut kenyataan itu.

Belanda merupakan rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada 2022, dengan jumlah dagangan bernilai RM48.04 bilion (US$10.93 bilion) – meningkat 33.4 peratus berbanding RM36 .01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021.

Belanda juga pengimport minyak sawit terbesar dalam kalangan negara EU pada 2022 iaitu sebanyak 732,324.54 tan.

“Diharap Belanda akan terus meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia dan menyokong usaha Malaysia dalam mempromosikan pengeluaran minyak sawit mampan serta menangani persepsi negatif terhadap minyak sawit.

“Kementerian Luar yakin lawatan itu akan memperkukuh lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad